INTRO

Pengurusan Penerbitan, Rekabentuk Buku dan Majalah  dibangunkan  untuk kami berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan  pengurusan penerbitan dan rekabentuk buku dan majalah secara maya.   Pengalaman  GURUTRAINING yang terlibat secara langsung dalam  memberi syarahan, latihan, konsultasi berkaitan dengan penerbitan dan rekabentuk buku telah mencetuskan semangat untuk GURUTRAINING membangunkan laman ini supaya maklumat serta pengetahuan  latihan,  berkaitan dengan pengurusan penerbitan dan rekabentuk buku serta majalah dapat disebarkan dengan luas.  
Pada masa ini kecanggihan teknologi komputer dan ICT menjadikan proses penerbitan semakin mudah. Disebabkan itu amalan desktop publishing (DTP) telah diamalkan dengan begitu meluas  diseluruh dunia.  


MENTOR GURUTRAINING




GURUTRAINING: Pengurusan Penerbitan, Rekabentuk Buku dan Majalah  dibangunkan oleh Abdul Razak Abdul Rahim.  Mentor ini  merupakan mantan pensyarah kanan dan trainer  yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Memiliki ijazah sarjana lanjutan dalam Master of Management  daripada Malaysian Graduate School of Management, Universiti Putra Malaysia. Serta BA (Hons) Fine Arts, Universiti Sains Malaysia.

Kepakaran beliau adalah dalam bidang pengurusan organisasi dan pengurusan kepimpinan pendidikan, Pengurusan Penerbitan Buku dan rekabentuk buku serta pembangunan organisasi dan imej korporat.  Beliau  berpengalaman dalam pengurusan dan pembangunan organisasi serta penerbitan buku bermula sejak tahun 2001. Pernah bertugas sebagai guru, penolong pengarah, Ketua Unit Teknikal Penerbitan, Timbalan Ketua Penolong Pengarah Sektor Teknikal Penerbitan, Bahagian Buku Teks, KPM, Ketua Pusat dan Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki, KPM.

Pengalaman dibeberapa bahagian KPM telah menjadi  eset berguna dalam  membangunkan  modul latihan yang berkesan berkaitan dengan pengurusan organisasi, pengurusan awam, perancangan strategik, serta  pengurusan penerbitan dan rekabentuk buku. Selain daripada menjadi pensyarah dan trainers beliau terlibat dalam konsultasi, seminar, bengkel serta lawatan kerja sama ada di dalam dan di luar Negara. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Penerbit Ilmiah Malaysia (MAPIM), yang mana semua penerbit universiti termasuk Institut Aminuddin Baki bergabung didalamnya. Beliau pernah mendapat latihan  di RMIT Universiti, Melborne Australia, London Book House, selain lawatan kerja ke sekolah- sekolah di Jepun, United Kingdom dan sebagainya. Melalui lawatan  itu beliau telah dapat melihat amalan terbaik atau the best practices dalam pengurusan dan kepimpinan dipelbagai sektor dan agensi. 


Selain itu mentor Gurutraining adalah  editor JURNAL Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Jilid 1 dan jilid 2, tahun 2016  terbitan Institut Aminuddin Baki.  Selain itu pengurus penerbitan dan editor  bagi beberapa buku diantaranya buku Landskap  Premier Centre 2012-2016- IAB,  Buku Pengurusan Mesyuarat Berkualiti, Buku  Laporan Tahunan IAB 2015, Buku Minda Pengarah, Prosiding kolokium ICT dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan 2013  dan  sebagainya. Sebagai trainer beliau juga telah menjelajah dibanyak  sekolah seluruh Malaysia, sama ada untuk tujuan FUFT, konsultasi,  benchmarking  dan sebagainya.


PERTANYAAN  DAN
BIMBINGAN  LATIHAN & KONSULTASI

Sila hubungi  melalui,
Tel/whatsapp: 018-2131067


BUTANG NAVIGASI





LAMAN LAIN

Pengurusan Strategik Sekolah
Pengurusan Penerbitan, Rekabentuk Buku dan Majalah
Pengurusan & Kepimpinan  Organisasi



©Hakcipta Terpilihara, GURUTRAINING(2017) 
Tiada mana-mana bahagian daripada bahan ini boleh digunakan tanpa kebenaran bertulis daripada pembangun laman GURUTRANING.