HAKCIPTA PENERBITAN

Kesedaran terhadap hakcipta, dikatakan  bermula pada abad  ke 14 dan 15. Hal itu berlaku disebabkan aktiviti perdagangan dan perindustrian telah berkembang pesat di Eropah. Perkembangan perniagaan dan penciptaan produk inovasi baharu menjadi pencetus kepada perkembangan hak cipta di Eropah. Kecenderungan mengawal hak cipta disebabkan:

  • Pengembangan aktiviti perdagangan perindustrian  di Eropah 
  • Kemunculan universiti-universiti Eropah  yang berminat dengan penyelidikan dan maklumat-maklumat terkini.
  • Perkembangan  aktiviti penyalinan, penyebaran dan pencetakan buku secara besar-besaran.  
HAKCIPTA SEBELUM TAHUN 1710

Sebelum tahun 1710  kerajaan Eropah,  memberikan hak tunggal untuk penerbit-penerbit menjual karya  yang dicetak. Perkara itu bermula  pada  tahun 1710 apabila ia digazetkan dalam undang-undang British. Undang-undang itu telah memberikan hak tunggal kepada pengarang (iaitu penulis dan bukannya kepada penerbit). Peraturan itu  menetapkan tempoh hak tunggal  pengarang selama 28 tahun dan selepas tempoh  itu,  karya  pengarang akan menjadi  sebagai  hak awam ( public domain).

Kelemahan Akta  hakcipta 1710 adalah dari segi kawasan yang dilindungi akta itu tidak merangkumi semua wilayah British. Sebaliknya hanya meliputi wilayah England, Scotland, dan Wales. Kesannya, banyak cetakan semula karya-karya hak cipta British telah dikeluarkan di Ireland serta di Amerika Utara tanpa membayar apa-apa royalti kepada penulis. Buku-buku  yang diterbitkan itu dijual dengan harga yang lebih murah berbanding edisi-edisi London.

Jualan buku-buku itu telah dianggap oleh pemilik-pemilik hak ciptanya sebagai satu "cetak rompak" walaupun hal itu  tidak melanggar undang-undang di wilayah-wilayah tersebut. Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan penerbit yang membayar royalti kepada pemilik-pemilik hak cipta  di England. 

KONVENSYEN BERNE


Pada tahun 1886  perakuan  hak cipta dalam  kalangan negara berdaulat di Eropah telah diwujudkan. Di bawah Konvensyen Berne  hak cipta  tidak perlu minta  atau di pohon kerana hak cipta wujud secara automatik pada pencipta karyanya. Seorang pengarang tidak perlu "mendaftar" atau "memohon" hak cipta dalam negara-negara yang memeterai perjanjian Konvensyen Berne.



Sebaik sahaja sebuah karya "dihasilkan" seperti  ditulis atau dirakamkan pada sesuatu media fizikal, pengarangnya berhak secara automatik untuk semua hak cipta karyanya, termasuk sebarang karya terbitannya. Kecuali  pengarang itu  menolak  secara eksplisit, atau sehingga tempoh hak ciptanya luput.

Konvensyen Berne   telah menyebabkan semua pengarang asing diberikan hak yang sama dengan pengarang tempatan di mana-mana negara yang memeterai perjanjian Konvensyen itu.

United Kingdom  telah memeterai Konvensyen Berne pada 1887 tetapi tidak menguatkuasakan selama  100 tahun. Hal itu hanya di kuatkuasakan seratus tahun kemudian apabila  Akta Hak Cipta, Seni Reka dan Paten  diluluskan pada1988

HAK CIPTA HARTA INTELEK

Hak cipta merupakan harta intelek kerana ia dicipta berdasarkan pemikiran intektual manusia.


KAYRA YANG DILINDUNGI HAKCIPTA


TEMPOH PERLINDUNGAN HAKCIPTA



KAWALAN  HAK CIPTA DI MALAYSIA

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (My IPO) adalah agensi yang menyelia dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan akta hakcipta dan paten di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari  portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (My IPO)




Rujukan:

1. Nisah Haji Haron (2007), Panduan Hak Cipta, Karya Kita Hak Kita. Kuala Lumpur. Ameen Publishing.
2. Portal Perbananan Harta Intelek Malaysia- http://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/?lang=ms