REKABENTUK/REKALETAK HALAMAN

Rajah 1: komponen- komponen  bahagian jilidan buku 

ANATOMI BUKU

Sebelum saya membincangkan  tentang  rekabentuk dan rekaletak halaman buku, mari kita fahami tentang anatomi buku. Memahami anatomi buku  penting kerana proses membuat rekabentuk dan rekaletak halaman buku mempunyai kaitan yang rapat  dengan  kefahaman terhadap anatomi buku.


Rajah 1:  
Memaparkan rajah komponen-komponen bahagian buku ketika proses penjilidan dilakukan. Rajah yang dtunjukkan itu adalah rajah buku yang dijilid secara berkuras menggunakan cantuman jilidan kulit keras.

Rajah 2:  terminologi atau istilah-istilah  pada bahagian-bahagian buku.

Rajah 2:
Adalah paparan terminologi bahagian -bahagian  dalam buku yang sifat dan istilahnya sangat  teknikal. Istilah ini jika difahami  oleh penulis atau pereka bentuk akan menjadikan hasil rekaan rekaletak halaman buku  menjadi lebih bermakna. Misalnya bilakah spread boleh digunakan dalam reka letak halaman. Dan bila pula recto dan verso boleh diaplikasikan.


REKABENTUK BUKU


Rekabentuk adalah susunan keseluruhan buku bermula daripada bahagian awalan, bahagian kandungan dan bahagian akhiran.  Manakala  rekaletak halaman adalah cara  pereka letak halaman menyusun kandungan buku berasaskan manuskrip yang di sediakan. Secara umumnya manuskrip mengandungi 2 komponen utama iatu teks dan bahan grafik.  Teks  dan bahan grafik adalah nadi kepada kandungan buku. Konstrak bahagian kandungan buku dibina berasaskan bab. Sesuatu buku akan mengandungi beberapa bab. Dan di dalam bab itu pula mengandungi sub- bab atau sub-sub bab. Hujah  kandungan  dibuat secara neratif bertulis yang mungkin  disokong oleh bahan grafik yang terdiri daripada gambar, ilustrasi, rajah, peta, jadual dan sebagainya.


REKA LETAK HALAMAN

Tugas designer atau pereka bentuk untuk  menjadikan semua yang ada dalam manuskrip dalam bentuk perwajahan halaman buku yang menarik. Disinilah pengalaman dan pengetahuan  berkaitan rekaan dan rekabentuk halaman berprofil tinggi diperlukan. Rekabentuk dan rekaletak halaman yang bersifat high order thinking skills  diperlukan.

Secara ilmiahnya  penyediaan layout dan rekaletak halaman perlu  menekankan tentang keupayaan pereka bentuk dan pereka letak halaman membuat draf rekaan halaman secara flat plan atau lakar kenit. Organisasi rekaan yang begitu sangat penting supaya  eleman  pengetahuan dan elemen seni bersatu dalam satu kesatuan rekaan halaman buku yang menarik. 


PELBAGAI PERSEMBAHAN  REKA LETAK HALAMAN

1.  MENGGABUNGKAN TEKS  DAN BAHAN GRAFIK

Rekaletak halaman  jenis ini biasanya boleh di aplikasi pada rekaletak halaman buku teks, buku panduan, majalah, buku manual dan sebagainya. Syarat utamanya  manuskrip yang disediakan perlu mengandungi  cadangan bahan grafik dan teks yang lengkap. Bagi buku yang menggunakan banyak gambar atau ilustrasi ia perlu disediakan dengan sempurna oleh jurugambar atau pelukis grafik, supaya bahan grafik yang dimasukkan dalam  halaman rekaletak buku  bermutu dan tiada kesilapan. Ilustrasi untuk bahan grafik perlu dilukis  oleh pelukis grafik yang mahir  melukis disamping cekap menggunakan perisian grafik seperti ilustrator dan photoshop untuk tujuan penyuntingan bahan dan mewarna ilustrasi.  Rajah 3 di bawah adalah contoh reka letak halaman yang menggabungkan elemen teks dan bahan grafik pada reka letak halaman.


Rajah 3: Elemen  teks dan  bahan grafik



2. REKALETAK HALAMAN JENIS SPREAD ( DOUBLE SPREAD)

Paparan  dalam rajah 4 menunjukkan bagaimana  aplikasi  rekaletak halaman jenis spread digunakan. Aplikasi rekaletak halaman yang begini selalunya digunakan pada muka halaman yang bermula dari VERSO ke REKTO. Verso maksudnya halaman kiri, manakala rekto halaman kanan. Kelebihan menggunakan rekaletak halaman secara spread ialah   bahan grafik seperti  peta atau rajah  dapat dipapar secara berturutan  tanpa ada maklumat yang terpotong. 


Rajah 4: Reka letak halaman jenis spread ( double spread)


3. REKALETAK HALAMAN  JENIS TEKS SAHAJA.

Rajah 5: Reka letak halaman  yang menggunakan teks.

Aplikasi rekaletak halaman jenis ini sesuai digunakan kepada buku yang tidak mempunyai bahan grafik. Sebagai contoh reka letak halaman untuk  jurnal, novel dan sebagainya  sangat sesuai menggunakan  pendekatan rekaletak halaman yang begini.


KOLUM DALAM REKALETAK HALAMAN
Rajah 6: Variasi kolum reka letak halaman

Dalam rekaletak halaman kolum  merupakan elemen rekaletak yang penting bagi menjadikan susunan atur huruf lebih menarik. Tanpa kolum sesuatu rekaletak halaman akan menjadi tersangat kaku, dan hanya terperangkap  dalam satu ruang kolum  yang besar. Kolum merupakan petak-petak ruang kerja yang boleh dimasukan dengan teks dan bahan grafik. Rajah 6  adalah perbagai variasi kolum yang boleh di aplikasi dalam reka letak halaman.



SIMBOL ASAS DALAM REKA LETAK HALAMAN


Rajah 7: Simbol reka letak halaman surat khabar


Rajah 7 merupakan  grafik simbol asas yang digunakan dalam reka letak halaman. Simbol ini merujuk kepada contoh muka hadapan  dan muka belakang reka letak halaman surat khabar tabliod. 

UNSUR GARISAN DALAM REKALETAK HALAMAN

Dalam reka letak halaman unsur garisan merupakan elemen rekaan yang penting. Garisan digunakan untuk membuat  texts box atau kotak teks  dan kotak grafik. Sebagai contoh sekiranya  kita menggunakan perisian indesign semua proses memasukan teks dan bahan grafik perlu di aktifkan dalam  kotak teks dan kotak bahan grafik. Sekiranya kotak tersebut tidak di aktifkan proses memasukan dan mengedit teks atau bahan grafik tidak boleh dilakukan.
Rajah 8:  Unsur garisan



UNSUR RUPA DALAM REKA LETAK HALAMAN

Rajah 9: Unsur rupa sebagai struktur  asas rekaan



Unsur rupa merupakan  alat rekaan yang penting dalam reka letak halaman. Unsur rupa itu boleh berbentuk rupa positif, rupa negatif, rupa organik dan rupa geometri. Dengan menggunakan unsur rupa tersebut, pereka letak halaman mempunyai fleksibaliti  untuk membuat reka letak halaman yang lebih menarik, mewah serta kreatif.  Rajah 9 menunjukkan bagaimana pelbagai unsur rupa yang digunakan  sebagai struktur asas reka letak halaman.



WHITE -SPACE  DALAM REKALETAK HALAMAN

White space atau ruang putih merupakan satu  unsur penting dalam reka letak halaman. Tanpa  white space, rekaan halaman yang terdiri daripada teks dan bahan grafik akan bercantum dan bersatu seperti bayi kembar siam.  White space bertujuan untuk menjadikan rekaan halaman tidak sesak, ada ruang rehat, serta memudahkan  proses pembacaan. Rajah 10 adalah contoh bagaimana white space digunakan secara berkesan dalam reka letak halaman.


Rajah 10: Contoh white space dalam reka letak halaman



TERMINOLOGI  GRAFIK DALAM  REKALETAK HALAMAN
Rajah 11: Terminologi reka letak halaman




Terminologi  dalam  Rajah 11  sebahagiannya mempunyai kaitan  dengan spesifikasi buku. Sebagai contoh display type (huruf paparan), body teks ( teks kandungan) ia merujuk kepada saiz dan jenis huruf, Margin ( jidar) ia murujuk kepada jidar luar dan jidar dalam. Folio  merujuk kepada nombor halaman. Caption ( kapsyen) teks keterangan di bawah bahan grafik. Rules  merujuk kepada garisan yang menjadi panduan dalam reka letak halaman. Pull quote  merujuk kepada teks petikan yang ditarik daripada teks sebagai penegasan kandungan. Gutter bahagian tengah halaman buku.



PERANCANGAN HALAMAN

1. Bilangan halaman dan kuras


Menentukan bilangan halaman yang betul merupakan amalan pengurusan halaman buku yang baik.  Bilangan halaman buku ditentukan berdasarkan gandaan kuras. Kuras bermaksud helaian kertas yang digunakan dalam percetakan buku dan dilipat-lipat serta dikerat menjadi beberapa muka (Kamus Dewan, Edisi 4). Satu kuras bersamaan dengan 16 halaman. Sekiranya buku  mempunyai 5 kuras ia bersamaan dengan 80 halaman. Jika buku mempunyai 10 kuras ia bersamaan dengan 160 halaman. Separuh kuras bersamaan dengan 8 halaman. 



Rajah 12:   Kiraan susunan halaman sekuras


Pengurusan halaman  yang betul  mempunyai kaitan dengan  kos. Halaman tidak boleh dibuat secara sewenang-wenang. Hal ini  kerana bagi mengelakkan berlakunya pemborosan halaman yang tidak pakai untuk dicetak. Pengurusan halaman  juga memandu pengurus penerbitan atau editor buku menentukan halaman mana yang sangat kritikal yang perlu dicetak secara berwarna.  

Sekiranya ada bahagian tertentu  halaman yang perlu diwarnakan, hanya  hanya halaman  yang berada   dalam kelompok bilangan kuras UP dan DOWN itu sahaja boleh diwarnakan. Katakan dari 10 kuras, enam kuras daripadanya dicetak secara hitam putih manakala, 4 kuras lagi di cetak dengan empat warna. Penetapan 4 kuras berwarna itu ia perlu berada dalam kelompok kuras dinamik UP dan DOWN.  Keputusan penentuan halaman dibuat   setelah di buat  pencerapan terhadap halaman yang mempunyai banyak rajah dan bahan grafik berwarna,  yang sangat memberi impak kuat kepada  kandungan. Misalnya tanpa menggunakan warna  sesuatu sifat rajah atau peta atau gambar sukar difahami oleh pembaca. Rajah 12 adalah rancangan kelompok kuras 80 halaman. 



Berasaskan Rajah 13, Halaman yang boleh diwarnakan dengan 4 warna atau dua warna mestilah susunan nombor halamannya berada dalam kelompok kuras UP(atas)  atau kelompok kuras DOWN (bawah).


Rajah 13: Rancangan kuras 80 halaman

2. Faedah menguasai   perancangan halaman


i. Hanya bahagian halaman yang tertentu sahaja boleh dicetak secara berwarna.

ii.Tiada pembaziran penggunaan cetakan dakwat pada bahagian halaman yang tidak patut diwarnakan.

iii. Kos percetakan buku boleh dijimatkan. Hal ini bermaksud jika buku dicetak empat warna ia memerlukan 4 plat yang bersamaan dengan 4 kali impression (cetakan). Jika satu warna hanya 1 plat diperlukan yang bersamaan 1 kali impression. Penjimatan ini dari segi bahan, masa, hayat mesin cetak serta kos buruh.

iv. Penetapan bahagian halaman berwarna boleh ditentukan seawal pembangunan dan penulisan manuskrip bagi buku-buku yang banyak menggunakan bahan grafik


BEBERAPA  CONTOH REKALETAK HALAMAN 


1. REKA LETAK HALAMAN MAJALAH

2.  REKALETAK HALAMAN BUKU

3. REKALETAK HALAMAN KULIT BUKU

4.  REKALETAK HALAMAN BUKU -2

5. REKALETAK HALAMAN KULIT BUKU-2

6. REKALETAK HALAMAN KULIT BUKU- 2/1