REKA LETAK DIGITAL /INDESIGN CS6

Perubahan teknologi sezaman yang pantas  menyebabkan  penghasilan reka bentuk dan reka letak  halaman turut mengalami perubahan. Sejak  abad ke 15 sehingga abad  ke 20 proses reka bentuk dan reka letak halaman  dilakukan sepenuhnya oleh manusia. Pada masa itu pengatur huruf atau type setter akan akan melakukan kerja menyusun huruf (type setting) blok huruf  dalam petak  logam dengan teliti secara satu persatu. Teknologi cetakan itu dikenali sebagai    letterpress. Di Malaysia tahun 1930 - 50 an teknologi  letterpress inilah yang digunakan untuk mencetak surat khabar.



Tahun 70 dan 80 an proses reka letak halaman berubah menggunakan cetakan huruf secara IBM selectric. Huruf cetakan menggunakan mesin taip IBM selectric ini mempunyai pelbagai saiz huruf yang terletak pada bola huruf  boleh ubah. Huruf yang siap dicetak kemudiannya  disusun oleh paste up artist di atas pemidang kertas layout yang menpunyai garisan yang di letakkan di atas meja kotak berlampu. Gambar dan teks di susun   berpandukan lakar kenit, kemudian di tampal dipermukaan kertas layout dengan  menggunakan sejenis gam yang berjenama cow-gum. Selanjutnya proses pengimejan filem untuk plat menggunakan kamera khas.


Untuk halaman buku yang berwarna ia perlu dibuat pemisahan warna atau colour seperation. Penghujung tahun 1980  perisian page-maker, mula digunakan secara meluas untuk membuat kerja-kerja susun atur huruf dan reka letak halaman. Era itu adalah merupakan titik permulaan  kepada ledakan teknologi DTP. Selepas page maker, InDesign mengambil alih dengan pelbagai opsyen tools reka letak halaman yang ditambah baik bagi memudahkan kerja -kerja reka bentuk dan reka letak halaman. 



Abad 21 adalah  abad  inovasi  teknologi tinggi. Penciptaan pelbagai peranti ( hardware) dan perisian (software) grafik komputer kreatif  telah mengubah landskap penghasilan rekaletak halaman  secara drastik. Hal itu  menjadikan proses rekaan halaman dan reka bentuk buku boleh dilakukan hujung jari atau di skrin komputer. Penyalinan, pemotongan dan pengubahan imej dan gambar dapat dipindah dan disalin secara maya dengan pantas menggunakan  e-mel atau  drive dan sebagainya. Bahan -bahan rekaletak halaman yang selesai direka bentuk dan direka letak boleh di semak di skrin komputer melalui kiriman imej secara PDF  atau JPEG kepada editor atau pengurus penerbitan secara e-mel. Bukan itu sahaja, PDF Naskhah Sedia Kamera  buku yang bersih boleh hantar kepada  mesin pembuat PLAT untuk proses penyediaan PLAT  bagi  kegunaan mesin cetak.



Rajah 1:Dimensi reka letak halaman digital




Proses reka letak halaman yang dahulunya kompleks dan dibuat secara manual serta mengambil banyak masa,  kini semua boleh di buat di skrin komputer. Teknologi  rekabentuk dan reka letak halaman di skrin ini di namakan sebagai Desk Top Publishing (DTP). Teknologi DTP boleh mengintergrasikan pelbagai software reka letak halaman seperti InDesign dan sebagainya  bagi melakukan proses susun atur huruf di skrin komputer. Bagi mengedit gambar dan bahan grafik perisian  Ilustrator dan Photo Shop  di gunakan bagi mewarna serta mengedit gambar. Rajah 1  menunjukkan dimensi reka letak halaman digital, manakala Rajah 2  adalah rajah landskap reka bentuk dan reka letak halaman era digital.
Rajah 2: landskap reka bentuk dan reka letak halaman era digital


TUTORIAL

REKA LETAK HALAMAN  MENGGUNAKAN INDESIGN


1.Pengenalan:

InDesign merupakan software  grafik yang  boleh digunakan bagi menghasilkan pelbagai rekaan grafik seperti logo, label, jenama dan sebagainya. Selain daripada itu  InDesign  adalah perisian popular yang banyak digunakan dalam menghasilkan layout atau reka letak halaman buku, majalah, poster, surat khabar flyers, brosher dan sebagai. 

 Perisian ini sangat berkesan kerana  alat rekaan ( tools) yang ada didalamnya mudah dikendalikan  serta  berpotensi dalam mengembangkan kreativiti rekaan dan rekaletak  halaman.

2. Kandungan tutorial

Tutorial ini  mengandungi 5 sub pelajaran iaitu:
  • Mengaktifkan fail page layout ( reka letak halaman)
  • Memasukkan teks dalam page layout
  • Fungsi Master page A - Master
  • Mengedit susun atur huruf
  • Memasukkan bahan grafik

Untuk mengikuti kandungan TUTORIAL INDESIGN sila layari pautan di bawah:



VIDEO TUTORIAL: INDESIGN   FOR BEGINNER