ANALOGI PENERBITAN
MODEL PENERBITAN HIROSHI IMAMURA
Bagaimanakah penerbitan itu patut digambarkan? Untuk itu saya bentangkan model penerbitan Hiroshi Imamura( 1984), seperti Rajah 2 sebagai rujukan. Melalui model ini penerbitan buku itu melibatkan kepakaran banyak pihak bermula daripada penghasilan manuskrip oleh penulis, penerbit, pencetak, penjilid, pembekal kertas, pengedar serta pembaca.
PENGURUSAN PENERBITAN BERKUALITI MELALUI POLC
PROSES PENERBITAN
Rajah 4 menunjukkan bagaimana peringkat proses produksi penerbitan bermula daripada penyediaan manuskrip sehingga peringkat pengedaran buku.
JADUAL PENERBITAN
PEMETAAN KANDUNGAN
PEMBINAAN DAN PENULISAN MANUSKRIP
PENILAIAN DAN PERWASITAN MANUSKRIP
KONSULTASI PENERBITAN -PMS, NSK, NC
DOKET PENERBITAN
ISBN/ ISSN
Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Pusat Kebangsaan ISSN/ISBN)
Tel : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
Faks : 03-26811676
E-mel : issn@pnm.gov.my
Apabila memperkatakan tentang penerbitan dan penghasilan buku yang berkualiti saya gemar menggunakan analogi penerbitan Air Bus sebagai perbandingan. Analogi ini pertama kali saya perkenalkan dalam kursus penerbitan buku teks kepada editor, designer dan ilustrator anjuran DAWAMA SDN BHD pada tahun 2005, bertempat di Kelab Darul Ehsan. Selangor. Kenapa analogi penerbitan Air Bus? Kita sedia maklum Air Bus adalah satu jenama unggul dalam teknologi aeronotikal penerbangan. Bila disebut Air Bus kita akan terbayang tentang kualiti enjin dan rekabentuk kapal terbang canggih yang hebat membelah ruang udara abad 21. Air Bus adalah produk syarikat BOIENG Amerika Syarikat yang sangat dikagumi. BOIENG membekalkan kapal terbang Air Bus kepada banyak syarikat pengangkutan penumpang dan kargo udara di seluruh dunia.
Air Bus adalah produk teknologi penerbangan kejuruteraan tinggi yang tidak mempunyai kecacatan.Ia dihasilkan dengan sifat sifar kerosakan (zero defect). Jika cacat walaupun sedikit daripada komponen dan teknikalnya bermakna kapal terbang akan gagal berfungsi dengan baik dan ia akan jatuh ke bumi. Makna kepada segala yang ada dalam pembinaan kapal terbang Air Bus ialah kualiti tinggi diperlukan bagi menjamin keselamatan pengguna. Penghasilan Air Bus menggabungkan kemahiran teknikal dan tektikal. Sekali Air Bus gagal keseluruhan jenama BOIENG akan runtuh.
Begitulah dengan buku. Buku yang baik mesti dihasilkan seumpama pembinaan Air Bus. Ia perlu dibina dan direka dengan sempurna sejak di awal lagi, bermula daripada pemetaan kandungan, pembinaan manuskrip. Buku yang baik perlu sempurna dari segi rujukan, laras dan gaya bahasa. Semua eleman yang ada perlu menggabungkan kepakaran tinggi dari segi penulisan kandungan bahan, penyuntingan, reka bentuk buku, penyediaan foto dan ilustrasi oleh juru foto dan ilustrator yang pakar dari aspek teknikal dan tektikal. Dalam penghasilkan buku aspek skill ( kemahiran) serta pengetahuan ( knowledge) adalah disepadukan. Bagi mencapai matlamat itu kepakaran tektikal perlu digembeleng melalui strategi, dan tindakan serta cara kerja yang sistematik sehingga sesebuah buku yang hebat dicetak dan diedar kepada pembaca. Kerana itu jika buku yang dihasilkan mempunyai kesalahan atau kecacatan dari segi kandungan, cetakan dan kemasan selepas dicetak, impaknya adalah kepada pembaca. Dari segi imej jika buku yang dipasarkan tidak berkualiti dan bermutu ia akan menjejaskan reputasi penerbit yang menerbitkan buku itu. Jika buku itu dibekalkan untuk organisasi tertentu, organisasi yang memesan buku itu turut menerima persepsi buruk terhadap produk sub standard yang dibekalkan. Rajah 1 menggambarkan dimensi penghasilan buku yang berkualiti.
Rajah 1: Analogi Penerbitan Air Bus |
MODEL PENERBITAN HIROSHI IMAMURA
Rajah 2:Model Penerbitan Hiroshi Imamura |
Bagaimanakah penerbitan itu patut digambarkan? Untuk itu saya bentangkan model penerbitan Hiroshi Imamura( 1984), seperti Rajah 2 sebagai rujukan. Melalui model ini penerbitan buku itu melibatkan kepakaran banyak pihak bermula daripada penghasilan manuskrip oleh penulis, penerbit, pencetak, penjilid, pembekal kertas, pengedar serta pembaca.
Kerana itulah dikatakan penerbitan dan percetakan buku adalah industri yang berintensifkan modal kerana, pelaburan yang tinggi diperlukan bagi menggerakan industri ini. Selain daripada itu industri ini menggabungkan pelbagai tenaga pakar yang melibat banyak pihak. Kepakaran itu melibatkan kepakaran teknikal serta kepakaran tektikal pada setiap peringkat produksi. Pembangunan buku bermula daripada pemetaan, penulisan manuskrip, penyuntingan, reka bentuk dan reka letak halaman, percetakan dan pengedaran mengambil masa diantara 8- 14 bulan. Ada sesetengah buku yang proses penghasilannya mencecah sehingga 24 bulan.
PENGURUSAN PENERBITAN BERKUALITI MELALUI POLC
Untuk mendapatkan buku yang berkualiti proses penerbitan perlulah diuruskan secara profesional dan sistematik. Untuk itu model Planning (P), Organizing(O), Leading (L) dan Controlling(C) wajar di praktikkan pada setiap peringkat penghasilan buku. Hal ini bermaksud pada setiap proses penerbitan dari peringkat Pra Cetak, Cetak dan Pasca- Cetak ia perlu di rancang, di kelola, dan dikawal. Model POLC memerlukan pada setiap peringkat proses penerbitan bermula daripada pemetaan kandungan, penulisan manuskrip, penyuntingan, pruf muka surat, naskhah sedia kamera serta peringkat naskhah contoh perlu dibuat dengan sempurna dan terbaik. Rajah 3 menunjukkan bagaimana model POLC berintegrasi pada setiap peringkat proses penerbitan.
Rajah 3: Pengurusan penerbitan melalui model POLC |
PROSES PENERBITAN
Rajah 4 menunjukkan bagaimana peringkat proses produksi penerbitan bermula daripada penyediaan manuskrip sehingga peringkat pengedaran buku.
Rajah 4: Proses produksi penerbitan |
JADUAL PENERBITAN
Jadual penerbitan bertujuan untuk memandu setiap aktiviti penerbitan bermula daripada peringkat pra-cetak, cetak dan pasca cetak. Perkara-perkara yang dimasukkan dalam jadual penerbitan seperti bilangan, tarikh, aktiviti, serta tindakan. Semua aktiviti yang berkaitan dengan penerbitan perlu dimasukan, seperti pembangunan manuskrip, penilaian & perwasitan, perolehan, reka bentuk dan reka letak halaman, konsultasi penerbitan, penerimaan bahan, serta pengedaran perlu di catatkan tempoh masa bagi setiap aktiviti. Dalam konteks perolehan selain daripada spesifikasi, jadual penerbitan adalah dokumen penting yang perlu disediakan untuk tujuan perolehan. Rajah 5: adalah tamplet jadual penerbitan yang boleh di sesuaikan dengan aktiviti penerbitan.
Rajah 5: Jadual Penerbitan |
PEMETAAN KANDUNGAN
Pemetaan kandungan berkait rapat dengan struktur kandungan buku. Struktur kandungan buku terbahagi kepada tiga bahagian, ia itu bahagian awalan, bahagian kandungan dan bahagian akhiran. Rajah 6 memaparkan perkara-perkara yang terkandung dalam struktrur kandungan buku.
Rajah 6: Struktur kandungan buku |
Pemetaan kandungan bertujuan untuk memandu penulis memetakan idea penulisan berasaskan judul. Penzahiran idea di terakan melalui hujahan dari bab dan sub bab, serta rajah grafik, enekdot, kajian kes, persampelan serta contoh dan sebagainya. Rajah 7 adalah format pemetaan kandungan bagi buku ABC. Format pemetaan ini boleh disesuaikan mengikut kandungan buku. Misalnya buku fiksyen yang berbentuk cerita ada yang tidak mengandungi rajah dan bahan grafik.
Rajah 7: Contoh format pemetaan kandungan |
PEMBINAAN DAN PENULISAN MANUSKRIP
Pembinaan dan penulisan manuskrip perlulah dibuat berpandukan kepada pemetaan kandungan buku. Setiap apa yang ditulis dalam manuskrip perlulah berdasarkan poin atau isi utama daripada tajuk bab berpandukan brif kandungan yang disediakan. Sekiranya manuskrip itu mengandungi bahan grafik ia perlu bersifat mengukuhkan kandungan teks. Penulisan manuskrip mempunyai sifat saling berpaut diantara bab dan sub bab. Penulisan manuskrip yang melibatkan beberapa orang penulis bagi sesebuah buku perlu diselaraskan supaya aspek lenggok dan laras bahasa tidak menimbulkan kerencaman kepada pembaca.
PENILAIAN DAN PERWASITAN MANUSKRIP
Semua manuskrip yang dihasilkan oleh penulis perlu dinilai. Penilaian itu meliputi aspek ketepatan kandungan, ketulenan, serta tidak mengancam keselamatan serta sensitiviti masyarakat dan negara. Jika buku itu merupakan kompilasi artikel penyelidikan ia perlu diserahkan kepada pewasit yang pakar dalam bidang untuk melihat dari aspek metodologi kajian yang digunakan, persampelan, dapatan, sumber rujukan dan bacaan perpustakaan yang digunakan.
Penilaian dan pewasitan juga penting bagi menentukan keaslian karya sama ada ia hasil tulisan penulis sepenuhnya atau ia sebuah karya ciplakan. Penilaian manuskrip selain daripada aspek kandungan ia juga perlu dibuat penilaian aspek teknikal penerbitan. Penilaian teknikal penerbitan bertujuan untuk mengetahui jumlah halaman, banyak bahan grafik yang terdapat dalam buku, jumlah perkataan serta jangkaan keboleh pasaran buku. Pada peringkat penilaian teknikal inilah cadangan jenis cetakan dan bilangan naskhah cetakan akan diambil kira.
Penilaian dan pewasitan juga penting bagi menentukan keaslian karya sama ada ia hasil tulisan penulis sepenuhnya atau ia sebuah karya ciplakan. Penilaian manuskrip selain daripada aspek kandungan ia juga perlu dibuat penilaian aspek teknikal penerbitan. Penilaian teknikal penerbitan bertujuan untuk mengetahui jumlah halaman, banyak bahan grafik yang terdapat dalam buku, jumlah perkataan serta jangkaan keboleh pasaran buku. Pada peringkat penilaian teknikal inilah cadangan jenis cetakan dan bilangan naskhah cetakan akan diambil kira.
KONSULTASI PENERBITAN -PMS, NSK, NC
Konsultasi penerbitan merupakan satu sesi pertemuan diantara pengurus penerbitan atau editor pada setiap peringkat proses penghasilan buku. Konsultasi ini bermula pada peringkat cadangan judul, pemetaan kandungan, penyuntingan, Pruf Muka Surat (PMS), naskhah sedia kamera (NSK), serta naskah contoh (NC). Rajah 8 menunjukkan personel penerbitan yang terlibat dalam konsultasi penerbitan. Secara sistematiknya pengurus penerbitan perlulah menyediakan laporan bertulis serta NASKHAH BERTANDA bagi setiap sesi konsultasi penerbitan yang dilakukan. Tujuannya supaya setiap sesi konsultasi berfokus untuk membaiki mana-mana kelemahan yang ada pada setiap peringkat proses penerbitan. Selepas sesi konsultasi tempoh masa untuk memperbaiki bahan perlu diberi, dan tempoh itu bergantung kepada jumlah pembetulan pada halaman yang perlu dibuat. Oleh itu konsultasi penerbitan perlu dimasukkan dalam jadual penerbitan supaya semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penerbitan buku peka dengan setiap peringkat aktiviti pada jadual penerbitan yang di tetapkan.
DOKET PENERBITAN
Doket adalah dokumen fail yang merekodkan setiap aktiviti penerbitan. Ia bermula daripada manuskrip, pruf muka surat, naskhah sedia kamera, naskhah contoh dan naskhah edar. Bukti bagi setiap proses kerja sama ada surat mesyuarat, naskhah bertanda, salinan maklumat perolehan, salinan nota hantaran, surat kelulusan cetak naskhah contoh dan cetak naskhah edar dan sebagainya perlu diminitkan serta disimpan dengan kemas dan diletakkan dalam doket.
Setiap proses kerja itu perlu di sahkan oleh editor, pengurus penerbitan, serta pegawai pengawal yang berkaitan. Kulit luar doket perlu ditandakan dengan judul buku, Nama penerbit, nama pengurus penerbitan, nombor ISBN atau ISSN, nama pencetak serta tarikh doket dibuka. Selain itu salinan spesifikasi, jadual penerbitan serta gantt chart juga dimasukkan dalam doket. Doket penerbitan hendaklah ditutup dan disimpan dibilik kebal apabila sesuatu penerbitan itu selesai.
ISBN/ ISSN
Buku yang baik perlu mempunyai nombor ISBN dan nombor ISSN. ISBN merujuk kepada international standard book numbers, manakala ISSN merujuk kepada international Standard Serial Number. Bagi mendapatkan nombor ISBN dan ISSN ia perlu dikemukakan kepada:
Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Pusat Kebangsaan ISSN/ISBN)
Tel : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
Faks : 03-26811676
E-mel : issn@pnm.gov.my
Dokumen yang diperlukan ketika mengemukakan permohonan ISBN dan ISSN ialah borang permohonan, Kulit Buku, halaman judul, halaman hakcipta serta halaman kandungan. Buku yang mempunyai nombor ISBN adan di rekod dalam pengkalan data ISBN yang boleh di akses diseluruh dunia. Buku -buku yang menggunakan nombor ISSN ialah buku yang bersiri seperti laporan tahunan, jurnal dan sebagainya. Buku jenis tersebut memadai dimohon sekali kemudian nombor ISSN boleh digunakan secara berulang kali.Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan prosedur permohonan ISBN dan ISSN sila layari pautan di bawah.