Spesifikasi merupakan kerangka panduan yang memandu penerbit menentukan jenis buku atau majalah yang ingin dihasilkan. Spesifikasi menentukan saiz buku, jenis kertas, jenis cetakan, jenis jilidan, jenis kemasan, jenis dan saiz huruf yang digunakan dan sebagainya lagi. Bagi buku dan majalah yang perlukan ilustrasi dan bahan grafik ia juga perlu dimasukkan dalam secara spesifik dalam spesifikasi. Harga buku ditentukan berdasrkan spesifikasi buku yang ditetapkan. Rajah di bawah adalah contoh spesifikasi buku:
JUMLAH CETAKAN
Jumlah cetakan adalah jangkaan naskhah dan banyak buku yang ingin diterbitkan. Jumlah cetakan adalah bergantung kepada saiz pasaran yang ditetapkan. Biasanya dalam penerbitan judul baharu dipasaran sesuatu buku itu dicetak dalam lingkungan 1000 -3000 naskhah bagi cetakan pertama. Selalunya apabila buku yang diterbitkan sangat laris dipasaran dia akan diulang cetak. Maklumat berkaitan permintaan pasaran diperolehi daripada pengedar yang dilantik atau laporan jualan daripada jabatan pemasaran syarikat. Bagi sesetengah agensi kerajaan seperti Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia sesuatu buku yang terbitkan bermula daripada 1000 naskhah sahaja. Manakala Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, mencetak buku teks sekolah ada ketikanya sehingga lebih 400,000 naskhah. Buku teks sekolah dicetak banyak bagi memenuhi keperluan bekalan buku untuk murid-murid sekolah yang buku teks diberi secara pinjaman bagi tiap-tiap pelajar yang bersekolah. Diluar negara buku-buku best seller ada yang dicetak berulang kali hingga mencapai lebih daripada sejuta naskhah. Dalam penerbitan buku jumlah cetakan yang banyak sangat berkait rapat dengan perolehan dan keuntungan yang dinikmati oleh penerbit. Ia juga secara tidak langsung akan dinikmati oleh penulis buku kerana jualan buku yang banyak bermakna penulis akan menikmati royalti yang lebih banyak daripada penerbit.
BILANGAN HALAMAN
Bilangan halaman adalah jumlah helai kandungan buku yang bakal diterbitkan. Jumlah itu termasuklah bahagian kulit buku dan bahagian kandungan buku. Penentuan bilangan halaman dibuat oleh pengurus penerbitan berpandukan kepada manuskrip lengkap yang dihasilkan oleh penulis. Penetapan halaman tidak boleh dibuat secara boros, agak-agak atau sewenang-wenangnya, kerana ia mempunyai implikasi kos yang perlu ditanggung oleh penerbit. Rumus mengira halaman yang tepat bagi sesebuah buku adalah seperti berikut; jumlah perkataan pada manuskrip di darab dengan jumlah baris dan di darab dengan jumlah helai manuskrip kemudian di bahagikan dengan jumlah perkataan pada satu halaman buku sebenar.
Susunan halaman dinamik perlu di kira berasaskan kuras. Satu kuras bersamaan dengan 16 halaman. Sebagai contoh selepas dikira didapati halaman buku hanya sekadar 155 muka surat. Bilangan 155 halaman bukan susunan halaman yang dinamik kerana ia tidak jatuh bilangan halaman kuras dinamik yang sepatutnya 160 halaman. Dalam kes halaman yang dikira tidak mencapai bilangan dinamik, ia diperlu digenapkan kepada bilangan halaman dinamik dengan cara mencapurkan beberapa halaman yang kurang supaya mencapai jumlah halaman yang dinamik berasaskan kuras. Berikut saya paparkan simulasi halaman berasaskan susunan kuras dinamik.
JENIS CETAKAN KULIT.
Jenis cetakan kulit selalunya menggunakan cetakan 4 warna. Yang ditandai dengan 4 warna iaitu CYMK (cyan, yellow, magenta ,black). Cyan = biru, yellow = kuning, magenta= merah dan black= hitam. Walaupun ada kulit buku yang dicetak dengan satu warna dan 2 warna tetapi bilangannya tidak banyak dan tidak popular dipasaran. Penggunaan kulit buku menggunakan 4 warna adalah berfungsi untuk menarik perhatian pembaca. Dalam penerbitan kulit yang menarik mempunyai impak yang kuat dalam memastikan sesuatu judul itu laris dipasaran.
JENIS CETAKAN KANDUNGAN
Pemilihan jenis cetakan kandungan bergantung kepada jenis buku serta bahan grafik yang terdapat dalam sesebuah buku. Misalnya buku atau majalah yang bersifat teknikal dan saintifik, yang banyak gambar rajah, simbol, bendera, logo dan sebagainya wajar dicetak dalam cetakan 4 warna. Menggunakan cetakan 4 warna, ia akan memberi kesan besar terhadap kos penerbitan kerana berlaku peningkatan dari segi kos plat, kos dakwat 4 warna, serta kos jam per buruh. Bagi menjimatkan kos walaupun terdapat bahan grafik ia memadai dicetak secara hitam putih. Kesimpulan daripada perbincanagn ini jenis cetakan kandungan boleh dibuat secara, satu warna, 2 warna dan 4 warna. Pilihan satu warna biasanya warna hitam. Untuk dua warna warna hitam dipadankan dengan cyan atau magenta atau yellow. Untuk cetakan 4 warna menggunakan CYMK.
SAIZ BUKU/MAJALAH
Saiz buku bergantung kepada jenis buku yang ingin diterbitkan, Variasi saiz buku adalah seperti 13cm x 20cm, 14.5x21cm,17.7x25.4cm,21x 29.6cm. Keperluan saiz buku merujuk kepada tujuan sesuatu buku diterbitkan. Misalnya saiz buku novel 14.5x 21cm. Manakala buku laporan tahunan selalunya berukuran 21x 29.6cm.
RUANG HALAMAN TEKS
Ruang halaman teks merupakan ruang kerja bagi pereka letak halaman untuk meletakan teks, bahan grafik dan sebagainya. Ukurannya ruang halaman teks adalah beberapa mililiter lebih kecil daripada saiz buku. Tujuan ruang halaman teks lebih kecil daripada zaiz buku bagi memastikan ketika proses pemotongan buku atau majalah tiada bahagian teks atau gambar, rajah dan bahan grafik yang terpotong. Kewujudan ruang halaman teks juga menjadikan ukuran bahagian dalam halaman teks menjadi seragam. Ruang halaman teks juga berfungsi sebagai ruang pemisah diantara running head, nombor halaman atau folio dan footer head.
JENIS HURUF
Pemilihan jenis huruf untuk atur huruf dalam ruang halaman teks bergantung kepada jenis buku yang ingin dihasilkan. Jika buku itu menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu tulisan rumi maka jenis huruf yang patut digunakan ialah dalam kumpulan huruf roman. Jenis huruf roman seperti arial, helvatica, new times roman dan sebagainya. Bagi buku yang di atur huruf menggunakan huruf jawi maka jenis huruf yang sesuai digunakan seperti jawi khat nasakh. Untuk tulisan cina menggunakan simplified kai su. Manakala tulisan tamil menggunakan tamil character. Rajah di bawah adalah variasi jenis huruf yang boleh digunakan dalam susun atur huruf pada rekaletak halaman.
SAIZ HURUF
Dalam susun atur huruf penggunaan variasi saiz huruf adalah penting. Hal ini bermaksud saiz huruf untuk body text, saiz huruf paparan serta huruf kapsyen mempunyai saiz huruf yang berbeza. Tujuan perbezaan saiz huruf bagi menjadi sesuatu susun atur huruf itu lebih kemas dan teratur. Prinsip susun atur huruf adalah seperti berikut:

- saiz huruf paparan hendaklah lebih besar daripada huruf teks (body text)
- saiz huruf sub paparan hendaklah lebih besar daripada huruf teks (body text)
- saiz huruf teks hendaklah lebih besar daripada huruf kapsyen.
Berasaskan daripada prinsip itu penyusun atur huruf perlukan menyusun atur huruf dalam rekaletak halaman secara konsisten mengikut darjah keutamaan huruf yang digunakan. Sekiranya huruf untuk paparan ia perlu besar daripada huruf teks, manakala huruf kapsyen saiznya kurang satu atau dua poin daripada huruf teks. Dalam konteks saiz huruf bagi buku Kita Orang Ternama seperti spesifikasi yang dipaparkan, saiz huruf 11-12 poin dicadangkan bagi susun atur huruf body text.
ORENTASI BUKU
Orentasi buku ialah bagaimana buku itu dipaparkan. Di Malaysia terdapat 2 orentasi buku yang dominan iaitu secara paparan landskap dan potret. Di luar negara terdapat paparan buku yang dibuat berasaskan bentuk objek atau benda seperti buah, rumah binatang dan ia perlu dipotong secara die-cutting atau die-cut. Selalunya buku yang mempunyai bentuk berkeluk secara organik dan geometrik ini dibuat untuk buku kanak-kanak, manual dan buku permainan.
JENIS KERTAS KULIT
1. Kertas Kulit Buku: Jenis kertas yang dicadangkan untuk kertas kulit buku adalah dari jenis kertas art card yang beratnya tidak kurang 230 gsm. Pemilihan kertas kulit jenis art card untuk buku kerana sifat kertas art card yang lasak, kalis air dan tidak mudah koyak.
2. Kertas Kulit Bagi Majalah: Jenis kertas yang dicadangkan adalah daripada jenis art paper yang beratnya tidak kurang 130 gsm. Penggunaan kertas kulit jenis art paper kerana kertas ini bersifat kalis air, licin dan berkilat. Kertas kulit dari jenis ini apabila dicetak ia tidak perlu ditambah dengan kemasan UV.
Di Malaysia kebanyakan pembaca mengemari kertas kandungan buku yang berwarna putih. Hal ini sangat berbeza keadaannya dengan pembaca luar negara yang menggemari kertas jenis off-white, iaitu kertas yang warnanya seakan-akan warna kuning muda. Ada kajian yang menyatakan kertas jenis brown/ off-white sangat baik untuk pembacaan kerana ia tidak memenatkan mata. Kebanyakan kertas jenis off-white merupakan jenis kertas recycle paper. Iaitu kertas lama yang diproses melalui proses kitar semula. Pada asasnya semua kertas berasal daripada pulpa kayu. Ia melalui proses panjang dan dikilang sehingga menjadi kertas. Sabah Forest Industries pengeluar kertas Malaysia yang berpusat diSabah menggunakan pulpa daripada batang pokok acasia dan batang pokok minyak kayu putih untuk menghasilkan kertas. Dalam konteks jenis kertas kandungan kita boleh menggunakan kertas jenis simili atau HVS (Houtvrij Schrijfpapier- bahasa Belanda), yang bermaksud kertas yang bebas serat kayu, 80 gsm -wood free. Selain daripada itu kertas jenis art paper dan matt art juga boleh digunakan untuk kertas kandungan buku dan majalah. Penentuan berat gsm kertas bergantung kepada jenis buku atau majalah yang ingin dihasilkan. Kelebihan kertas jenis simili (HVS) ia tidak berkilat serta sangat sesuai untuk membaca. Manakala kertas art paper dan matt art, sifat permukaannya berkilat sangat sesuai untuk buku yang mempunyai kandungan halaman berwarna yang banyak. Bagi kertas untuk cetakan surat khabar ia menggunakan kertas jenis news print.
KEMASAN KULIT
Kemasan kulit bermaksud kesan permukaan pada kulit buku yang kita inginkan. Kesan permukaan itu termasuklah pilihan samaada kulit buku itu perlu berkilat, tulisan judul timbul atau tenggelam dan sebagainya.
1. kemasan kulit buku dengan UV: bermaksud kulit buku yang diterap dengan lapisan ULTRA VARNISH selepas dicetak.
2. kemasan kulit tanpa UV: bermaksud tiada terapan lapasan UV selepas kulit buku dicetak.
3. UV spot: bermaksud hanya pada bahagian tertentu seperti judul buku yang perlu diterap dengan lapisan UV.
4. kemasan Imboss dan UV spot pada judul buku: bermaksud permukaan judul buku akan timbul dan pada bahagian judul yang timbul itu akan diterap dengan spot UV.
5.kemasan deboss dan UV spot pada judul buku: bermaksud permukaan judul buku akan tenggelam dan pada bahagian judul yang tenggelam itu akan diterap dengan spot UV.
6.kemasan plastic calendering: bermaksud kulit buku yang dilapisi dengan sejenis lapisan filem plastik nipis selepas buku dicetak.
Pemilihan jenis kemasan kulit bergantung kepada peruntukan penerbitan. Sekiranya kos penerbitan ingin dijimatkan kemasan kulit boleh ditiadakan atau diabaikan. Hal ini kerana walaupun tanpa kemasan kulit keperluan lengkap bagi sesebuah buku telah pun disempurnakan.
REKABENTUK DAN REKALETAK HALAMAN
Bagi penerbit yang tidak mempunyai pereka bentuk dan pereka letak halaman, maka adalah sangat sesuai perkara berkaitan dengan penyediaan rekabentuk dan rekaletak halaman di serahkan kepada pencetak atau penyebut harga untuk membuat kerja-kerja reka bentuk dan reka letak halaman. Hal ini penting dinyatakan secara jelas dalam spesifikasi buku supaya penyebut harga tahu bidang tugas kerja buat yang perlu dilakukan selain daripada mencetak dan menjilid buku.
ILUSTRASI DAN BAHAN GRAFIK
Keperluan penyebut harga atau pencetak menyediakan semula ilustrasi dan bahan grafik adalah satu kemestian. Hal ini penting kerana bahan grafik dan ilustrasi yang disedikan dalam manuskrip asal itu masih bersifat mentah dan ada kalanya bersifat sebagai gambaran konsep. Kerana itu kerja-kerja mengemaskan dan merawat semula ilustrasi perlu dilakukan supaya bahan grafik serta ilustrasi yang dimuatkan dalam buku atau majalah itu benar-benar menarik serta memberi impak hebat kepada pembaca.
KONSULTASI PENERBITAN
Konsultasi penerbitan adalah sesi dimana pencetak atau designer diperlukan untuk bersemuka dengan editor atau pengurus penerbitan. Sesi itu akan mebincangan perkara-perkara berkaitan dengan reka letak halaman, konsistensi susun atur huruf, penyusunan bab dan sebagainya. Perbincagan ini sifatnya profesional serta sangat tenikal. Oleh itu sebelum sesuatu perbincangan dilakukan editor atau pengurus penerbitan perlu menyediakan senaskhah MARKED COPY atau NASKHAH BERTANDA, sebagai panduan perbincangan tentang perkara-perkara yang perlu di betulkan atau dibuat pindaan oleh pencetak atau penyebut harga. Konsultasi ini sekurang-kurang mempunyai empat fasa, iaitu Fasa Manuskrip, Fasa Pruf Muka Surat, Fasa Naskhah Sedia Kamera dan Fasa Naskhah Contoh. Dalam zaman ICT ini konsultasi boleh dibuat secara dalam talian, yang mana rekabentuk dan rekaletak halaman di PDF kan kemudian di e-melkan kepada editor atau pengurus penerbitan untuk semakan pruf. Komenter pruf dihantar secara emel atau menggunakan kemudahan telesidang menyatakan penambahbaikan yang perlu dibuat oleh perekabentuk dan pereka letak halaman.
PENGANTARAN
Selepas buku siap dicetak penyebut harga atau pencetak perlu menghantar naskhah buku yang siap dicetak kepada penerbit. Sekiranya buku itu hendak diedarkan melalui beberapa pengedar yang dilantik alamat pengedar atau sole agent perlu disediakan kepada pencetak beserta dengan jumlah naskhah yang perlu diberi kepada setiap pengedar. Inventori dan dokumentasi serahan perlu dibuat dengan sempurna dan lengkap.
SYARAT LAIN
Elok juga dalam spesifikasi klausa berkaitan dengan syarat lain dimasukkan, seperti semua bahan yang di reka bentuk dan direka letak perlu diserahkan satu salinan dalam bentuk soft copy dalam Indesign Full Package. Tujuan klausa ini dimasukkan bagi memastikan penyebut harga atau pencetak menyediakan satu salinan lengkap soft copy yang boleh digunakan semula jika buku yang diterbitkan ingin di ulang cetak dengan pencetak dan penyebut harga lain.

JENIS KERTAS KANDUNGAN

JILIDAN
Terdapat beberapa jenis jilidan yang boleh digunakan untuk menjilid buku. Diantaranya jilidan benang, jilidan pin, lock binding, perfect binding. Pemilihan jenis jilidan dibuat berasaskan faktor kekukuhan serta kekuatan jilidan. Misalnya jilidan jenis lock binding ia satu jenis teknik jilidan yang kukuh kerana, kerana pada setiap kuras buku ia kan dipotong dengan mata pisau secara tebukan miring 45 darjah, kemudian disatukan dan dicantumkan dengan kuras-kuras yang lain, dan dikukuhkan pula dengan gam jilidan. Kekukuhan jilidan jenis ini apabila gam yang digunakan meresap masuk dicelah-celah tebukan miring. Hasilnya buku yang jilid tidak mudah terburai selepas dijilid. Jilidan jenis pin digunakan untuk menjilid buku yang nipis yang ketebalan dibawah 60 halaman.