BAHAN GRAFIK PENERBITAN

Dalam  penerbitan buku serta majalah bahan grafik merupakan elemen penting dalam rekabentuk dan reka letak halaman.  Bahan grafik  merupakan bahan bergambar yang disepadukan secara bersama dengan teks dalam reka letak halaman. Tujuan bahan grafik  adalah untuk  mengukuhkan kandungan serta menambah pemahaman terhadap teks. Rajah 1 di bawah merupakan diantara beberapa jenis bahan grafik yang digunakan dalam  penerbitan buku dan majalah. Manakala Rajah 2 menunjukkan bagaimana bahan grafik di aplikasi dalam reka letak halaman.


Rajah 1:  Jenis-jenis bahan grafik


Rajah 2: Bahan grafik yang di amplikasi dalam reka letak halaman


RASIONAL BAHAN GRAFIK 


Penggunaan bahan grafik dalam sesebuah buku bukan perkara baharu. Ia telah dibuat dalam banyak manuskrip lama. Misalnya Ibnu Sina bapa perubatan moden yang pernah hidup pada abad ke sepuluh  banyak menggunakan ilustrasi rajah grafik  berkaitan dengan anatomi tubuh manusia, peralatan   pembedahan  dan sebagainya dalam manuskrip karangannya. Dalam konteks buku bahan grafik mempunyai tujuan seperti yang tersebut dalam Rajah 3.

Rajah 3: Rasioanal bahan grafik


PROSES PENGHASILAN BAHAN GRAFIK

Penghasilan bahan grafik penerbitan  buku dan majalah perlu dibuat secara  proses mental yang tinggi. Ia bermula daripada idea dasar yang dizahirkan  melalui perbincangan, kajian, rujukan, kritikan yang  semuanya itu pada awalnya bersifat laten dan kemudiannya dinukilkan secara nyata dalam bentuk ilustrasi, rajah atau gambar. Sesuatu bahan grafik  yang digunakan  dalam  buku adalah bahan terbaik yang telah melalui proses saringan kreatif supaya bahan yang dihasilkan sinonim dengan kandungan dalam buku .  Rajah 4 adalah diskripsi proses mental penghasilan bahan grafik.

Rajah 4: Proses mental penghasilan bahan grafik

SUDUT  PANDANGAN BAHAN GRAFIK


Impak bahan grafik   akan lebih bermakna sekiranya sudut pandangan bahan grafik dipelbagaikan dari segi sudut pandangannya. Bahan grafik  yang kaya  sudut pandangan akan meningkatkan imaginasi pembaca. Selain itu  ia  mempelbagaikan cara persembahan sesuatu  penghasilan buku. Pemilihan sudut pandangan  perlu  ditetapkan dalam brif bahan grafik. Melalui brif bahan grafik pelukis grafik atau juru foto dapat menghasilkan  bahan grafik yang dikehendaki serta  berkualiti sebagaimana yang dihasratkan oleh penulis.
Rajah 5: Sudut Pandangan
BRIF BAHAN GRAFIK


Brif bahan grafik  merupakan naratif bertulis yang disediakan oleh penulis bagi menggambarkan bentuk bahan grafik yang diingini. Brif bahan grafik inilah yang akan digunakan oleh pelukis ilustrasi atau juru foto  bagi  di gambarkan secara tampak. Penulisan bahan grafik sekurang-kurangnya perlu menerangkan 5 perkara. Ia itu HOW (bagaimana), WHO (siapa), WHERE ( di mana), WHEN (bila) dan WHY ( mengapa). Melalui informasi  tersebut jurufoto dan ilustrator yang menghasilkan bahan grafik yang dikehendaki. Rajah 6  adalah  penjelasan berkaitan dengan proses idea dalam menghasilkan bahan grafik.
Rajah 6: Brif bahan grafik