PENERBITAN BUKU/MAJALAH

Penerbitan buku dan majalah merupakan satu industri penting yang telah berkembangan pesat diseluruh dunia. Ia merupakan satu industri yang menggabungkan banyak kepakaran bermula daripada penulisan bahan oleh penulis, penyuntingan manuskrip oleh editor, rekabentuk dan reka letak halaman oleh perekabentuk dan perekaletak halaman, percetakan oleh pencetak, penjilidan oleh penjilid dan pengedaran buku oleh pengedar.  Dari sudut sejarah  buku pada awalnya ditulis secara tulisan tangan. Ia ditulis di atas daun, kulit binatang, batang buluh, batang paparus dan sebagainya. Dunia penerbitan buku menjadi begitu hebat apabila tahun 1400, teknologi mesin cetak mula dicipta di Jerman oleh Johannes Guternberg.  Guternberg  seorang jurutera Jerman kreatif  telah mencipta mesin cetak  yang dapat mencetak bahan penerbitan dengan cepat dan pantas. Melalui  penciptaan mesin percetakan, landskap dunia penerbitan telah berubah dan buku dapat diterbitkan dengan banyak dan disebarkan di seluruh dunia.



Di Eropah  banyak  buku-buku  karya am dan   motivasi telah menjadi best seller dan dijual dengan banyak  hingga mencapai  cetakan  jutaan naskhah. Buku – buku yang dihasilkan di eksport ke seluruh dunia. Penulis buku Harry Potter, Joanne Kathleen Rowling (J K. Rowling)  adalah penulis jutawan yang karyanya digilai peminat seluruh dunia.  Rowling telah menghasilkan 7 siri buku Harry Potter dan siri akhir bukunya berjudul Harry Potter and the Deathly Hallows. Banyak daripada karyanya telah diadaptasi kepada filem & buku karyanya telah  dicetak berjuta naskhah. J K. Rowling  telah senarai sebagai penulis wanita jutawan nombor satu dunia. Dia hidup mewah dengan royalti  yang diterimanya daripada penerbit.
Hari ini rantaian pengedaran buku telah berubah. Buku bukan sahaja dijual dikedai-kedai buku, malahan ia dijual secara dalam talian. Misalnya Amazon.Com  adalah diantara  syarikat penjual buku secara dalam talian yang terbesar di dunia. Hal demikian menyebabkan  istilah buku digital, e-book, on-line book telah mewarnai  dunia penerbitan kini. Walaupun pelbagai nama diberikan pada buku tetapi aspek pokok penghasilan buku berkualiti  sangat berkaitan dengan kandungan dan kualiti manuskrip, kualiti rekaan halaman dan reka bentuk buku serta kualiti kulit buku adalah tonggak kejayaan penerbitan sesebuah buku yang diterbitkan.




Resolusi   UNESCO  Berkaitan  Penerbitan
UNESCO merupakan satu badan kebudayaan & saintifik yang  dianggotai oleh banyak negara di dunia. Dalam bidang penerbitan UNESCO telah mencadangkan setiap negara perlu menerbitkan bahan penerbitan sekurang-kurangnya 0.1 peratus daripada jumlah penduduk. Walaupun pelbagai usaha agresif dilakukan oleh banyak pihak untuk menerbitkan buku di Malaysia  tetapi pencapaian  0.1 peratus penerbitan buku  daripada 30 juta penduduk Malaysia masih belum dapat mencapai KPI- UNESCO itu. Menurut laporan pada tahun 2013 Malaysia  hanya berjaya menerbitkan buku sebanyak 18,000 naskhah buku setahun. Angka yang ditunjukkan ini menunjukkan  Malaysia masih jauh untuk mencapai sasaran resolusi yang ditetapkan oleh UNESCO. Bagi UNESCO pencapaian penerbitan 0.1 peratus daripada penduduk adalah  tanda aras negara maju[1].


Tarifan Buku
Buku menurut takrifan  UNESCO adalah bahan bercetak yang berjilid yang mengandungi tidak kurang 49 halamam. Ini  bermaksud sekiranya sesuatu bahan bercetak itu kurang daripada 49 halaman tidak dianggap sebagai buku oleh UNESCO.  Namun terdapat sesetengah negara yang tidak berpegang kepada pandangan UNESCO. Indonesia misalnya  mentafsirkan buku walaupun ia hanya satu helaian atau lembaran kertas. Dalam  perbincangan ini ketetapan takrif buku oleh UNESCO nampaknya  lebih  sesuai digunakan. Hal ini di sebabkan  buku mempunyai ciri-ciri  fizikal yang tersendiri  dan mempunyai elemen reka bentuk dan reka letak halaman yang perlu dipatuhi

Pengertian Majalah
E-jurnal. com mentakrifkan  Majalah adalah sebuah media  terbitan berkala yang memuat artikel–artikel dari berbagai penulis (Assegaff, 1983). Selain memuat artikel, Majalah juga merupakan penerbitan  yang mengandungi  cerita pendek, gambar, review, ilustrasi atau bahan lain yang mewarnai isi dari majalah. Majalah adalah salah satu pusat informasi bacaan yang sering dijadikan bahan rujukan oleh para pembaca dalam mencari sesuatu hal yang diinginkannya [2]

DBP Rumah Penerbitan Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  yang ditubuhkan pada 22 jun 1956 boleh dianggap sebagai penerbit dan  "Rumah penerbitan” tersohor di Malaysia  selepas pejabat karang mengarang di SITC Tanjung Malim, Perak, Tujuan  penubuhan DBP untuk mengerakkan dan memertabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Program penerbitan  DBP bukan sahaja telah berjaya melahirkan ramai penulis, tetapi juga  telah melahirkan ramai tokoh persuratan dan pengurusan penerbitan yang hebat.  DBP   telah berjaya membangun  sumber manusia penerbitan yang  terdiri daripada  penulis, editor, ilustrator dan pereka bentuk buku dan ilustrator  yang berkelibar dan tersohor. Nama-nama penulis kelahiran DBP seperti Usman Awang, Keris Mas, Johan Jafar, Awang Serian, Anuar Ridwan, Kemala, Abdullah Hussain, Aziz Deraman, Baharuddin Zainal, MOHAS dan sebagainya membuktikan DBP begitu prolifik  dalam memertabatkan agenda penerbitan dalam Bahasa Melayu. Ketekunan DBP dalam membangun dan membina sumber manusia penerbitan melalui, bengkel   forum, latihan  bagi  pembangunan judul dan  pembangunan  sumber manusia kreatif  yang berkaitan dengan penerbitan. 


Pandangan C.S Richardson Berkaitan Buku
Berikut saya paparkan sebuah video oleh  CS Richardson (2010) yang membincangkan tentang buku. Perbincangan ini menarik  kerana ia menjelaskan sejarah buku serta perkembangannya serta evolusi rekabentuk buku dalam beberapa abad. CS Richardson adalah seorang Vice President  Creative Director di Random of House, Canada.







[1] Berita Harian, 25 Ogos 2015- Kenyataan  Datuk Dr Awang Sarian, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, berkaitan pencapaian penerbitan buku pada tahun 2013.- Secara purata Malaysia menerbitkan 1500 judul sebulan, jumlah anggaran setahun 18,000 nashah. Statistik Worldometer, Malaysia menduduki tempat 23 daripada 124 negara berdasarkan jumlah  judul  pernerbitan terbanyak 2011. Dalam kalangan Negara Asia  berada pada kedudukan kelapan di belakang China, India, Jepun, Korea, Vietnam  & Indonesia.
[2] Sumber: http://www.e-jurnal.com/2013/12/pengertian-majalah.html