Wednesday, March 1, 2017

REKA BENTUK BUKU MESTI MENARIK




Kuala Lumpur : 1 Mac 2017:  Buku bukan sekadar kandungan dan cerita, tetapi  ia adalah sumber maklumat yang memberi impak dan makna kepada pembaca. Oleh itu ia mesti disokong dengan reka bentuk dan reka letak halaman yang baik. Reka bentuk dan reka letak halaman yang menarik akan  menjadikan sesuatu buku itu seronok dibaca. Kerana itu buku perlu ditampilkan menarik bermula daripada kulit kulitnya , halaman judul, halaman kandungan serta persembahan halaman bagi setiap bab dalam kandungan buku.  Reka letak halaman buku yang baik bukan sekadar menyusun teks paparan dan teks kandungan, tetapi jika ia mempunyai bahan grafik, bahan itu mesti berinteraksi dalam satu kesatuan rekaan yang kemas dan mantap. Reka letak halaman yang baik perlu mengambil kira aspek kebolehbacaan. Oleh itu aspek spacing diantara  baris, white space dan sebagainya perlu di sepadukan dengan bijak oleh pereka bentuk dan pereka letak halaman.  Persoalan sejauh mana buku-buku yang diterbitkan di Malaysia menenuhi keperluan itu?  Itulah di antara isu yang selalu saya bincang  dan bangkitkan bersama-sama dengan perserta Kursus Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf.