Wednesday, March 1, 2017

PENERBITAN BUKU PENANDA ARAS NEGARA MAJU

Kuala Lumpur: 1 Mac 2017: Setakat ini  Malaysia adalah negara yang gagal mencapai indeks penerbitan 0.1 berasaskan penduduk seperti yang digariskan oleh UNESCO. Hal ini perlu direnungkan dengan mendalam oleh semua pihak yang berkepentingan.  Sehingga kini Malaysia masih jauh untuk mencapai indeks yang ditetapkan. Sebagai contoh anggaran penerbitan pada tahun 2015 sekitar 20 ribu judul buku setahun. Sepatutnya 30 ribu judul buku setahun. Apakah sebenarnya masalah kita?  Adakah ia disebabkan kita tidak mempunyai penulis, atau buku yang diterbitkan tidak laku dipasaran, atau sikap pengguna yang tidak suka membaca. Persoalan ini sebenarnya sukar untuk di jawab. Menurut UNESCO  indeks penerbitan 0.1 itu adalah penanda aras  kepada negara maju. Malaysia telah menetapkan pada tahun 2020 kita akan menjadi negara maju. Jika indeks UNESCO itu tidak tercapai apakah hasrat Malaysia menjadi negara maju akan gagal?