Wednesday, August 16, 2017

CABARAN DAN KREATIVITI DALAM PENERBITAN

Kuala Lumpur 16 Ogos 2017: Satu  cabaran getir  yang dihadapi oleh penerbitan buku kini adalah penurunan  pasaran buku sebanyak 30 peratus. Walaupun terdapat andaian yang mengatakan penurunan ini di sebabkan meningkatanjualan e- buku  atau buku digital, tetapi ramalan itu dikatakan  tidak tepat. Hal itu kerana peningkatan pasaran buku digital di Malaysia hanya 2 peratus sahaja. Menurut Hasri Hassan dari Perbananan Kota Buku Malaysia menyatakan, terdapat banyak faktor yang  mendorong trend  penurunan  jualan buku di Malaysia. Diantaranya di sebabkan kemunculan penerbit indie dan penulis yang menjadi penerbit sendiri untuk karyanya. Penerbit indie menawarkan harga buku yang lebih rendah disebabkan kos pembangunan bahan penerbitan yang lebih rendah berbanding dengan penerbitan yang besar. Selain daripada itu ia juga sebabkan kitaran  judul buku yang mempunyai tema yang hampir sama seperti tema percintaan. Menurutnya buku- buku yang bertemakan keagamaan, motivasi dan perniagaan mempunyai khalayak pembaca yang banyak tetapi  trend semasa ia juga menunjukan penurunan. Menurutnya  penerbit yang kreatif perlu bijak membuat  jangkaan tentang trend kandungan buku yang diminati  oleh khalayak pembaca dalam tempoh 2 tahun kehadapan. Untuk itu analisis  keboleh pasaran produk penerbitan  buku perlu dilakukan  oleh penerbit dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut sila lihat: Penerbit Buku Perlu Kreatif