Saturday, November 9, 2019

BENGKEL PEMURNIAN  NOTA BANTUAN PEMBELAJARAN (NBP) AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Kuala Kedah,7 Nov 2019: Bertempat di Pusat Latihan Pengembangan dan Pembangunan Wilayah Utara, Kuala Kedah, satu bengkel pemurnian Nota Bantuan Pembelajaran (NBP) telah berlangsung dengan jayanya. Dalam bengkel tersebut sebanyak 10 buah Nota Bantuan Pembelajaran telah dimurnikan dari aspek kandungan, typografi, tanda bacaan, sumber rujukan dan sebagainya. Bengkel tersebut telah di rasmikan oleh  Tuan Haji Muhammad Jasmi, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia. Dalam ucapan perasmian tersebut beliau menekankan supaya NBP yang dimurnikan dibuat dengan cara yang paling baik supaya bahan yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua. Selain daripada itu menurut beliau, dari perspektif agama islam ia adalah amal jariah yang akan mendapat ganjaran pahala yang besar. 






Bengkel permurnian tersebut dihadiri  seramai  40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan imigresen Malaysia serta termasuk urusetia. Turut serta dalam bengkel tersebut Tuan Muhammad Zaidi Che Murad Ketua Pusat Pendidikan Kawalan, Akademi Imigresen Malaysia. Diantara judul NBP yang dimurniakan ialah, Visa, Kawalan Pemeriksaan Pintu Masuk Laut, Bahagaian Khidmat Ekspetariat, Siasatan, Keselamatan dan Pasport, Kawalan Pemeriksaan Pintu Masuk Udara, Pengendalian Maklumat, Risikan dan Operasi, Pendakwaan, Pekerja Asing  serta Darat. 








Pemurnian dilakukan dalam beberapa kelompok penel atau penulis yang pakar dalam bidang seperti tajuk modul NBP tersebut. Pada sesi akhir bengkel Ketua modul telah menyerahkan naskhah NBP yang telah di murnikan dalam bentuk softcopy dan salinan bercetak. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Tuan Muhammad Zaidi, bahan NBP tersebut akan cetak untuk dijadikan buku. Bagi memantapkan input dan output manuskrip, ia telah diisi dengan Ceramah, sumbangsaran, soal jawab dan bimbing terus oleh penceramah pakar iaitu Tuan Abdul Razak bin Abdul Rahim.