Saturday, November 9, 2019

BENGKEL PEMURNIAN  NOTA BANTUAN PEMBELAJARAN (NBP) AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Kuala Kedah,7 Nov 2019: Bertempat di Pusat Latihan Pengembangan dan Pembangunan Wilayah Utara, Kuala Kedah, satu bengkel pemurnian Nota Bantuan Pembelajaran (NBP) telah berlangsung dengan jayanya. Dalam bengkel tersebut sebanyak 10 buah Nota Bantuan Pembelajaran telah dimurnikan dari aspek kandungan, typografi, tanda bacaan, sumber rujukan dan sebagainya. Bengkel tersebut telah di rasmikan oleh  Tuan Haji Muhammad Jasmi, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia. Dalam ucapan perasmian tersebut beliau menekankan supaya NBP yang dimurnikan dibuat dengan cara yang paling baik supaya bahan yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua. Selain daripada itu menurut beliau, dari perspektif agama islam ia adalah amal jariah yang akan mendapat ganjaran pahala yang besar. 






Bengkel permurnian tersebut dihadiri  seramai  40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan imigresen Malaysia serta termasuk urusetia. Turut serta dalam bengkel tersebut Tuan Muhammad Zaidi Che Murad Ketua Pusat Pendidikan Kawalan, Akademi Imigresen Malaysia. Diantara judul NBP yang dimurniakan ialah, Visa, Kawalan Pemeriksaan Pintu Masuk Laut, Bahagaian Khidmat Ekspetariat, Siasatan, Keselamatan dan Pasport, Kawalan Pemeriksaan Pintu Masuk Udara, Pengendalian Maklumat, Risikan dan Operasi, Pendakwaan, Pekerja Asing  serta Darat. 








Pemurnian dilakukan dalam beberapa kelompok penel atau penulis yang pakar dalam bidang seperti tajuk modul NBP tersebut. Pada sesi akhir bengkel Ketua modul telah menyerahkan naskhah NBP yang telah di murnikan dalam bentuk softcopy dan salinan bercetak. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Tuan Muhammad Zaidi, bahan NBP tersebut akan cetak untuk dijadikan buku. Bagi memantapkan input dan output manuskrip, ia telah diisi dengan Ceramah, sumbangsaran, soal jawab dan bimbing terus oleh penceramah pakar iaitu Tuan Abdul Razak bin Abdul Rahim.

Wednesday, October 30, 2019

INDUSTRI PENERBITAN  MEDIA CETAK  DIPERSIMPANGAN 

Kuala Lumpur: 30 Oktober 2019; Penutupan penerbitan operasi syarikat  Utusan Malaysia, adalah satu berita sedih kepada pembaca setia Utusan Malaysia dan Kosmo. Yang lebih sedih adalah staf dan ahli keluarga syarikat tersebut yang telah kehilangan punca pendapatan keluarga. Kini kemana mereka akan pergi mencari rezeki adalah terpulang kepada ikhtiar hidup masing-masing. Syarikat ini pada awalnya  ditubuhkan pada sekitar tahun 1940 an, adalah syarikat yang menerbitkan surat khabar Utusan Melayu dalam tulisan jawi. Suara keramat utusan ketika itu adalah berkaitan perjuangan untung nasib orang-orang melayu dalam menegakkan negara bangsa merdeka.

Kemorosotan jualan akhbar dan  buku bukan sahaja dialami oleh syarikat utusan malah ia dihadapi juga syarikat penerbitan akhbar yang lain. Kelangsungan hidup syarikat penerbitan akhbar seluruh dunia sebenarnya sangat bergantung kepada pendapatan iklan oleh syarikat pengeluaran barangan, produk dan perkhidmatan. Kerana itu didapati beberapa surat khabar berbahasa inggeris dan cina dapat terus hidup kerana sokongan pengeluar produk dan perkhidmatan yang beriklan dalam akhbar berkenaan. Hal ini berlaku diseluruh dunia, misalnya di Amerika Syarikat banyak syarikat surat khabar dan majalah telah jatuh bangkrap dan ditutup. Kenapa hal ini berlaku?.

Sebab utama ialah tabiat membaca mayarakat sudah berubah akibat daripada teknologi digital dan laman sesawang yang boleh diakses ditapak tangan dan di skrin komputer. Teknologi komputer dan telefon pintar berinternet yang serba canggih adalah sebab utama kepada kehancuran bahan penerbitan bercetak yang bersifat fizikal. Hari ini facebook, u-tube, tweeter,  istagram, whatsapps, we chat dan sebagainya adalah medium berita utama masyarakat netizen. Kelemahan sumber berita itu, ia sangat terdedah kepada penipuan dan kepalsuan cerita yang disebarkan. Kerana itu netizen perlu menyaring  semua maklumat yang diterima, jika tidak mahu terjebat dengan kepalsuan.


Tuesday, July 10, 2018

BENGKEL  PENERBITAN  NOTA BANTUAN  PEMBELAJARAN (NBP) DI AKEDEMI IMIGRESEN

Port Dickson, 4 Julai 2018: Bertempat  di Akademi Imigresen Malaysia, lebih daripada 80 orang Subject Matter Experts (SME) dari Jabatan  Imigresen Malaysia telah menghadiri bengkel penerbitan NBP  bagi memantapkan kandungan bahan pembelajaran untuk digunakan dalam latihan organisasi. Diantara NBP yang  dihasilkan adalah yang berkiatan dengan NBP pasport, Visa, Laut, Udara, Expeteriat, Undang-undang dan sebagainya. SME jabatan  imigresen yang menghadiri  bengkel ini termasuklah pengarah imigresen negeri, ketua- ketua jabatan, komandan serta pegawai imigresen kanan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing. Bengkel ini telah dibimbing oleh saudara Abdul Razak Abdul Rahim. Sesi penyampaian dan bimbingan dalam bentuk ceramah, pemudahcara, pembentangan serta konsultasi. Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya bermula daripada 2 hingga 4 julai 2018.






Wednesday, August 16, 2017

CABARAN DAN KREATIVITI DALAM PENERBITAN

Kuala Lumpur 16 Ogos 2017: Satu  cabaran getir  yang dihadapi oleh penerbitan buku kini adalah penurunan  pasaran buku sebanyak 30 peratus. Walaupun terdapat andaian yang mengatakan penurunan ini di sebabkan meningkatanjualan e- buku  atau buku digital, tetapi ramalan itu dikatakan  tidak tepat. Hal itu kerana peningkatan pasaran buku digital di Malaysia hanya 2 peratus sahaja. Menurut Hasri Hassan dari Perbananan Kota Buku Malaysia menyatakan, terdapat banyak faktor yang  mendorong trend  penurunan  jualan buku di Malaysia. Diantaranya di sebabkan kemunculan penerbit indie dan penulis yang menjadi penerbit sendiri untuk karyanya. Penerbit indie menawarkan harga buku yang lebih rendah disebabkan kos pembangunan bahan penerbitan yang lebih rendah berbanding dengan penerbitan yang besar. Selain daripada itu ia juga sebabkan kitaran  judul buku yang mempunyai tema yang hampir sama seperti tema percintaan. Menurutnya buku- buku yang bertemakan keagamaan, motivasi dan perniagaan mempunyai khalayak pembaca yang banyak tetapi  trend semasa ia juga menunjukan penurunan. Menurutnya  penerbit yang kreatif perlu bijak membuat  jangkaan tentang trend kandungan buku yang diminati  oleh khalayak pembaca dalam tempoh 2 tahun kehadapan. Untuk itu analisis  keboleh pasaran produk penerbitan  buku perlu dilakukan  oleh penerbit dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut sila lihat: Penerbit Buku Perlu Kreatif

Thursday, April 13, 2017

BENGKEL ASAS PENERBITAN UNTUK KETUA-KETUA JABATAN

Genting Highlands,13 April  2017: Bertempat  di bilik latihan aras 4,  Seramai 25 orang ketua jabatan dan wakil telah menghadiri bengkel  Asas Penerbitan  Buku,  anjuran  Jabatan  Penerbitan  dan Dokumentasi, Institut Aminuddin Baki Cawangan  Genting Highlands. Dalam bengkel itu  peserta telah didedahkan berkaitan dengan proses kerja dan  tatacara penerbitan  berasaskan  PK-OP-09  MS ISO 9001:2008.



 Dalam bengkel itu juga peserta telah  didedahkan  cara   perolehan manuskrip, penyuntingan, rekabentuk  serta percetakan buku. Dalam  bengkel  itu juga peserta telah didedahkan  cara  mengira harga buku  dan rumus pengiraan halaman  daripada  manuskrip  ke halaman buku yang sebenar. Bengkel itu telah di bimbing oleh Abdul Razak Abdul  Rahim  dan  Puan  Aziah  Samichan. Maklum balas  daripada peserta  bengkel  bahawa  kursus asas penerbitan  itu  dapat  membantu dalam menghasilkan manuskrip penerbitan yang  berkualiti  disamping  memahani aspek  teknikal  penerbitan dalam penerbitan dan rekabentuk  serta  percetakan  buku.



Wednesday, March 1, 2017

WACANA PENERBITAN BUKU BERSAMA PROF ABDULLAH HASSAN

Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek: 1 Mac 2017: Prof Emeritius Abdullah Hassan adalah nama besar dalam industri penerbitan. Beliau adalah  pakar bahasa dan linguistik yang tersohor di Malaysia. Selain daripada itu dia juga adalah pemilik  PTS Publication yang menerbitkan pelbagai judul buku ilmiah. Mendengar  bual bicara dalam wacananya betapa penerbitan industri buku di Malaysia dan di dunia sedang menghadapi  persaingan hebat  disebabkan kemajuan dan kepesatan  teknologi digital. Menurutnya buku kini bukan sahaja boleh dinikmati secara fizikal, malah ia boleh di akses secara digital dengan mudah menggunakan internet melalui  komputer peribadi, tablet dan smartphone. Abdullah menegaskan ancaman yang paling besar dalam industri penerbitan dan percetakan buku apabila  jualan dan percetakan buku telah berlaku penurunan permintaan yang banyak.




Jika dahulu judul buku  baharu dicetak lebih daripada 5000 naskhah, namun hal itu telah berubah sama sekali. Menyedari keadaan itu PTS  telah membangunkan BOOK-CAFE online book shop, iaitu  laman web yang dibangunkan oleh PTS bagi menjual pelbagai buku terbitan PTS dan penerbit lain dengan tawaran diskaun sehingga 30 peratus.  Pada masa ini cetakan buku boleh dicetak secara print on demand (POD)  berasaskan keperluan permintaan pelanggan. Banyak penerbit  telah bergerak ke arah FAST PRINT iaitu tempoh masa menerbit dan mencetak buku dibuat kurang daripada 3 bulan. Malah dalam keadaan tertentu buku boleh dihasilkan dalam tempoh 3 minggu. Hal itu dapat dibuat disebabkan oleh kecanggihan teknologi komputer grafik yang melibatkan software dan hardware grafik yang liut dan fleksibel.  Pada ketika ini cetakan secara POD sedang berkembang pesat dan ia merupakan trend baharu dalam penerbitan dan percetakan buku dunia.  Buku kini bukan sahaja boleh dijual secara fizikal malah ia sudah dijual secara digital. Perkembangan digital publishing  sedang mengalami permintaan yang tinggi daripada pembaca netizen. Generasi digital native (netizen)  kebanyakan memilih buku digital kerana  harga buku digital hampir separuh lebih murah daripada buku fizikal. Malah buku digital boleh dibaca secara percuma. Katanya lagi bagi generasi digital imagran yang lahir dizaman baby boom keseronokan membaca adalah dengan menggunakan buku fizikal. 

PENERBITAN BUKU PENANDA ARAS NEGARA MAJU

Kuala Lumpur: 1 Mac 2017: Setakat ini  Malaysia adalah negara yang gagal mencapai indeks penerbitan 0.1 berasaskan penduduk seperti yang digariskan oleh UNESCO. Hal ini perlu direnungkan dengan mendalam oleh semua pihak yang berkepentingan.  Sehingga kini Malaysia masih jauh untuk mencapai indeks yang ditetapkan. Sebagai contoh anggaran penerbitan pada tahun 2015 sekitar 20 ribu judul buku setahun. Sepatutnya 30 ribu judul buku setahun. Apakah sebenarnya masalah kita?  Adakah ia disebabkan kita tidak mempunyai penulis, atau buku yang diterbitkan tidak laku dipasaran, atau sikap pengguna yang tidak suka membaca. Persoalan ini sebenarnya sukar untuk di jawab. Menurut UNESCO  indeks penerbitan 0.1 itu adalah penanda aras  kepada negara maju. Malaysia telah menetapkan pada tahun 2020 kita akan menjadi negara maju. Jika indeks UNESCO itu tidak tercapai apakah hasrat Malaysia menjadi negara maju akan gagal?